Khamis, 11 Julai 2024

Bahasa Aceh Tersedia Di Google.


Bahasa Aceh Kini Tersedia di Google Translate. 

Kabar gembira bagi penutur bahasa Aceh di seluruh dunia. Google Translate baru saja menambahkan bahasa Aceh ke dalam daftar 110 bahasa baru yang tersedia pada 4 Juli 2024. 

Hal ini menandakan sebuah langkah maju yang signifikan dalam upaya pelestarian dan pengembangan bahasa Aceh di era digital.

Dengan hadirnya bahasa Aceh di Google Translate,  kini para penuturnya dapat dengan mudah menerjemahkan teks dan dokumen ke berbagai bahasa lainnya. Hal ini membuka peluang baru untuk komunikasi,  kolaborasi, dan pertukaran informasi antar budaya.

Manfaat Google Translate Bahasa Aceh
a. Meningkatkan komunikasi,
    penutur bahasa Aceh dapat
    berkomunikasi dengan lebih
    mudah dengan orang- orang dari
    berbagai negara di dunia.
b. Mempromosikan budaya. Bahasa
    Aceh dapat dikenalkan lebih luas
    kepada masyarakat global melalui
    platform Google Translate.
c. Mendukung pendidikan. Google
    Translate dapat membantu pelajar
    bahasa Aceh dalam proses belajar
    dan memahami materi
    pembelajaran.
d. Mempermudah akses informasi.
    Penutur bahasa Aceh dapat
    mengakses informasi dari
    berbagai sumber dengan mudah
    dan cepat.

Cara Menggunakan Google Translate Bahasa Aceh
a. Situs web Google Translate. Buka
    https://translate.google.com/ dan
    pilih bahasa Aceh sebagai bahasa
    sumber atau bahasa tujuan.

Aplikasi Google Translate. 
Unduh aplikasi Google Translate dari App Store atau Google Play Store, dan pilih bahasa Aceh sebagai bahasa sumber atau bahasa tujuan.

Dukungan dan Pengembangan. 
Google Translate bahasa Aceh masih dalam tahap pengembangan, dan Google terus berupaya untuk meningkatkan akurasi dan kualitas terjemahan. Kontribusi dari para penutur bahasa Aceh sangatlah penting dalam proses ini.

Dengan memberikan umpan balik dan saran, para penutur bahasa Aceh dapat membantu Google untuk meningkatkan layanan terjemahan bahasa Aceh dan membuatnya lebih bermanfaat bagi semua orang.

Kesimpulan... Kehadiran bahasa Aceh di Google Translate merupakan sebuah pencapaian penting yang patut diapresiasi. Hal ini membuka peluang baru bagi penutur bahasa Aceh untuk terhubung dengan dunia dan berkontribusi dalam berbagai bidang. Mari kita manfaatkan platform ini dengan sebaik- baiknya untuk melestarikan dan mengembangkan bahasa Aceh di era digital.

Selasa, 2 Julai 2024

Istilah - Istilah dalam ilmu tauhid.


Istilah Istilah didalam ilmu tauhid yang mesti diketahui bagi memudahkan faham :

 1) عالم : ما سوى الله الموجودات في الخارج الأعيان 
Alam ialah barang yang selain Allah yang maujud diluar mata kepala yakni sah dilihat

2) مخلوق : كل شيء خلقه الله تعالى 
Makhluk ialah segala suatu yang dijadikan oleh Allah Taala

3) حادث حقيقي : الموجود بعد عدم
Hadis haqiqi ialah benda yang ada kemudian daripada takdak
Misal : makhluk ini. Spt manusia dan segala yg lain.

3.1) حادث مجازي : التجدد بعد العدم
Hadis majazi ialah membaharui kemudian daripada takdak yakni kedatangan kemudian daripada takdak.
Misal : pecah / patah / runtuh dll

4) ممكين : ما استوى وجوده وعدمه
Mumkin ialah barang yang menerima oleh wujudnya dan tiadanya. Mumkin terbahagi kepada 4 bagai :

١) ممكن حال : 
mumkin sekarang, misal seperti ada kita skrg

٢) ممكن سيوجد : 
mumkin selagi akan diadakan, misal spt mumkin yg lg akan datang

٣) ممكن وجود بعد عدم
Mumkin ada kemudian daripada takdak, misal seperti ada kita ini tetapi iktibar ada kita tu selepas drpd ketiadaan

٤) ممكن في علم الله انه لم يوجد :
Mumkin pada ilmu Allah bahawasanya tidak wujud spt iman abu jahal. 

5) ذات : ما قام بنفسه
Zat ialah barang yang membawa diri sendiri, misal pada makhluk seperti tubuh benda hidup dan tokor benda mati atau ketul. Adapun zat tuhan bukanlah tubuh tokor atau ketul sama sekali. Hanyalah zat tuhan itu ketiadaan kaif (لا يتكيف بكيفيات)

6) صفة : ما قام بغيره أو ما يتعلق  بشيء  ثبوتياً
او إنتفائياً او وجوديًا او حاليًا 
Sifat ialah barang yang berdiri dengan jalan menumpang atau barang yang bertakluk dengan suatu samada sunguh (nafsiah) atau ternafi (salbiah) atau wujud (maani) atau hal (maknawiyah)..

7) عرض : الشيء الوجودي الحادث
Aradh ialah suatu yang bangsa ada lagi baharu seperti gerak, diam, hitam, putih, sejuk, panas, pahit, pedas, masam, kelat.

8)جرم : كل ما ملاء فراغ 
Jirim ialah setiap barang yang memenuhi tempat kosong

9) جسم : كل ما تركب من جوهرين فأكثر 
Jisim ialah setiap barang yang bersusun daripda dua jauhar maka lebih 

# jirim dan jisim ialah umum khusus mutlak yakni jirim umum manakala jisim khusus.

Kaedah
Tiap jisim itu tentu jirim 
Tiap jirim tidak tentu jisim

#Bersambung إن شاء الله …

PERBAHASAN SAMBUNGAN
PADA MENYATAKAN

الأشياء الاربعة (Alashyaul arbaah)

BERMULA PERKARA @ SESUATU ITU ADA 4 BAHAGIAN

Tak dapat tidak setiap penuntut ilmu tauhid mahir didalam bahasan الأشياء kerana menghukum ilmu tauhid tidak akan terkeluar dari الاشياء yg 4 iaitu :

 ١) موجود - وجودى
 ٢) معدوم - عدمى
 ٣) حال - حالى
٤) امر اعتبار - امر اعتبارى

Makna tiap tiap satu daripada 4 perkara :

 ١) وجودى : ما تمكن رؤيته لو كشف عنا الحجاب
Wujudiyyun ialah barang yang mungkin oleh melihatnya jikalau dibukakan hijab

🔐 Masuk didalam ashyak Wujudi ini samada qadim atau baharu :
1) Nisbah qadim : zat dan sifat maani tuhan
2) Nisbah baharu kena kepada segala Zat dan Aradh makhluk

🤯🤯 Murod Melihat disini : tak wajib semata mata ikut MATA kerana sifat dan zat tuhan yang wujudi maujud tiada berwarna. Sedangkan mata kita hanya bertaaluk dengan sekalian warna..

 ٢) عدمى : ما يدل على الانتفاء الشيء
Adamiyyun ialah barang yang menunjuk ia diatas ternafi suatu 

🔐 Masuk didalam ashyak adamiy ini samada qadim atau baharu :
1) Nisbah qadim : Sifat Salbiah
2) Nisbah baharu kena kepada segala sifat seperti botak dan mandul dll dikatakan sifat adamiy bagi makhluk kerana botak ternafi rambut dan mandul ternafi anak.

 ٣) حالى : ما له تحقق فى نفسه
Haliyyun ialah barang yang terbenar @ sabit pada dirinya

🔐 Masuk didalam ashyak hal ini samada qadim atau baharu :
1) Nisbah qadim : sifat maknawiyah
2) Nisbah baharu kena kepada segala sifat gemuk kurus petak segi dll segala bentuk dikatakan sifat hal bagi makhluk

٤) امر اعتبارى : ما له ثبوت فى نفسه
Amrun iktibariyyun ialah barang yang baginya sabit pada dirinya

🔐 Masuk didalam ashyak amrun iktibari ini samada qadim atau baharu :
1) Nisbah qadim : sifat nafsiah
2) Nisbah baharu kena kepada sifat nafsiah makhluk.

Peringatan : wujudi وجودى dan wujud وجود adalah dua yang berbeza kerana wujud itu semata mata lawan bagi adam : 
وجود لاون عدم 
Ini dikatakan مطلق المنافى semata mata menafi. Wujud ternafi adam.

Adapun wujudi (وجودى) lawannya tiga :
وجودى لاون :عدمى، حالى، امر اعتبارى

Begitulah juga adami juga jika masuk ى nisbah lawannya juga tiga iaitu wujudi, hali, dan amrun iktibari..

Qiaslah pada lain lain..

والله أعلم 

Bolehlah bagi yang alim turut komen supaya mencukupkan makna perbahasan dan betul andai tersalah🥰🥰

والله اعلم

Sumber : Misbah Al Falah