Hari ini genaplah 100 tahun kejatuhan khalifah Uthmaniah. Ramai yang masih bersedih mengenangkan detik akhir Sultan Abdul Hamid II diusir keluar dari istana.
Hingga hari ini kita menanti siapakah yang bakal bangkit membela umat Islam. Apa yang pasti, yakin dan percayalah kebangkitan Islam di akhir zaman pasti dan benar-benar berlaku. Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa apabila bangsa Arab itu sendiri lemah dengan Islam maka Allah SWT telah tukar kepada orang Kurdish. Ketika itu, Solahuddin Al Ayubi yang memimpin Islam telah membebaskan Baitulmaqdis. Yang membebaskan adalah orang Kurdish bukan orang Arab.
Maka, apabila orang Kurdish sudah lemah pegangan Islam, muncul pula orang Turki dimana mereka yang telah menubuhkan Kerajaan Uthmaniah. Apabila Turki lemah lalu jatuh kerajaan Islam ketika itu.
Hari ini, kita menunggu bangsa mana yang kuat berpegang dengan ikatan ajaran Islam maka bangsa itulah yang akan menguasai dunia Islam. Bangsa mana, puak mana, yang betul-betul balik kepada Islam.
Siapa yang dulu balik kepada Islam dengan sungguh-sungguh, mereka yang akan jadi kuat. Bangsa yang memimpin dunia. Siapa yang tak balik kepada Islam walaupun dia Arab sekalipun tak jadi apa. Sebab itulah masa depan kita semua adalah dengan segera kembali bertaut kepada agama dengan berpaksikan aqidah yang benar.
Pengkhianatan orang turki dan Brithish, khilafah utsmaniah di hancurkan. Pengkhianatan talibarut brithis dan talibarut belanda di asia tenggara, brithis dan belanda dapat menghancurkan kerajaan aceh.
Historry Utsmaniyyah 👇
Dan aceh adalah benteng utsmaniyyah di asia tenggara, pernah di serang oleh portugis, jepun, brithis, belanda hingga jatuh takluk dalam kuasa negara bekas jajahan belanda(indonesia)