Rabu, 15 Mei 2024

Mediatek Vs SnapDragon

Setiap pengeluar smartphone khususnya android memiliki processor yang berbeza antara yang lainnya menjadikannya berbeza spesifikasi .

Artikel kali ini akan membahaskan tentang kelebihan dan kekurangan diantara Mediatek dan Snapdragon .

 

MEDIATEK ( MTK )

Mediatek adalah processor yang dicipta oleh pengeluar yang berasal dari Taiwan dan yang pertama melancarkan sistem chipset Octa-Core .

Berikut merupakan kelebihan dan kekurangan yang ada pada Mediatek

KELEBIHAN

  • Harga yang murah
  • Inovatif kerana menghasilkan processor Octa-Core
  • Mempunyai grafik yang tinggi bergantung kepada RAM
  • Multitasking
  • Gambar yang menarik kerana menggunakan GPU PowerVR
  • Teknologi CorePilot yang memastikan suhu kekal stabil
  • Menyokong 4G/LTE

KEKURANGAN

  • Bateri cepat habis
  • Beberapa chipset overheat
  • GPS yang kurang tepat
  • Tidak dapat menggunakan custom kernel

 

SNAPDRAGON

Snapdragon merupakan satu processor yang hampir mendominasi hampir semua smartphone android didunia terutama smartphone kelas atasan hingga premium .

Processor Snapdragon ini dicipta oleh perusahaan besar yang dimiliki oleh Shanndy Ong . Processor ini juga merupakan yang pertama mempunyai clock speed 1Ghz .

KELEBIHAN

  • Pengolahan grafik menggunakan GPU Adreno
  • Processor single core menggunakan 1,4Ghz
  • Menjimatkan bateri
  • Multitasking
  • Menyokong jaringan 4G LTE , video recording 4K dan sensor kamera lebih besar
  • Layar Snapdragon lebih canggih
  • Menggunakan signal ISP dengan resolusi kualiti kamera DSLR

KELEMAHAN

  • Harga yang mahal berbanding Mediatek
  • Mudah panas
  • Penggunaan yang lama mengakibatkan overheat

 

Beza Mediatek dan Snapdragon diatas boleh dijadikan panduan oleh pembaca jika ingin membeli phone baru sesuai mengikut kemampuan . Melihat dari segi kelebihan dan kelemahan diantara Mediatek dan Snapdragon , bergantung kepada pengguna yang mana menjadi pilihan .

Sumber : MrFix

Ahad, 12 Mei 2024

Reminder

Al-kisah.

Sekumpulan remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka.

Salah seorang daripada mereka melihat guru sekolah rendahnya ikut hadir dalam majlis pernikahan itu.

Murid itu segera mendatangi dan menyalam gurunya dengan penuh penghormatan, seraya berkata:

"Cikgu masih ingat saya lagi tak?"

Gurunya menjawab: "Tidak."

Murid itu hairan dan bertanya lagi, "Eh, cikgu tak ingat saya?"

"Sayalah... murid yang mencuri jam tangan salah seorang kawan di dalam kelas kami tu.

"Ketika murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid2 semuanya.

"Saya terfikir bahawa saya akan dipermalukan di hadapan murid2 dan guru2, dan akan menjadi bahan ejekan dan hinaan, mereka akan menggelar saya "pencuri" dan hidup saya pasti akan hancur sepanjang hidup.

"Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri menghadap dinding dan menyuruh kami menutup mata semuanya dengan sapu tangan.

"Cikgu memeriksa poket setiap kami, dan ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir.

"Setelah selesai, cikgu suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing2.

Saya takut cikgu akan memalukan saya di depan semua murid-murid yang merupakan teman teman saya.

Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya, tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya.

"Sepanjang saya belajar di sekolah itu, cikgu tak pernah sebut pun tentang kes kecurian jam tangan itu, dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu.

"Cikgu masih ingat lagi saya tak?"

"Takkan cikgu tak boleh ingat kat saya lagi?

Sayalah murid itu dan cerita ini adalah cerita pedih yang tak akan dapat dilupakan dalam hidup saya selama2nya. Saya sangat mengagumi cikgu. Sejak dari itu saya berubah menjadi orang yang baik dan benar, Saya mencontohi semua perbuatan

baik cikgu.

Guru itu menjawab:

"Sungguh2 saya tidak mengingat kamu, kerana pada waktu menggeledah itu, sengaja saya menutup mata juga, agar saya tidak cam siapa pelakunya."

"Kerana saya tidak mahu merasa kecewa atas perbuatan salah seorang murid sebab saya sangat mencintai murid-murid saya.

Pelajar itu hanya terdiam dan terdiam. Kekagumannya terhadap guru itu semakin bertambah.

Hikmah yg dapat diambil:

Pendidikan memerlukan akhlak dalam menutup segala keburukan orang lain.

Jangan memalukan seseorang hanya kerana 1 kesalahan, kerana ia mampu menghancurkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah terperosok lebih dalam lagi pada masa depannya.

Memaafkan & Mengampuni, adalah sebuah kebijaksanaan.