Sabtu, 10 Februari 2018

Permata Buat Yang Kawin Muda


Lafadh Cerai

Berikut ini beberapa contoh lafaz cerai yang sering dilafazkan oleh para suami,

1. Aku ceraikan kamu
2. Kamu telah diceraikan
3. Aku beri talak kepada kamu
4. Selepas makan nasi sebentar lagi, jatuhlah talak ke atas kamu.
5. Aku ceraikan kamu talak satu
6. Aku bebaskan kamu
7. Kamu pergi balik rumah mak kamu
8. Antara aku dan kamu sudah tiada apa-apa lagi
9. Esok kamu pergi mahkamah syariah. Tunggu aku di sana. Kita bercerai di sana
10. Aku cerai

ULASAN
1. Lafaz 1 hingga 5 adalah lafaz sarih atau lafaz nyata. Apabila suami melafazkannya, jatuhlah talak ke atas isteri walaupun suami tidak berniat menceraikannya kerana lafaz sarih mensabitkan talak tanpa perlu kepada niat.

2. Jika lafaz cerai tidak menyatakan bilangan talak, maka talak dikira talak satu. Jika dalam lafaz dinyatakan bilangan talak, maka bilangan talak mengikut bilangan talak yang dinyatakan.

3. Lafaz 6 hingga 8 adalah lafaz kinayah. Talak tidak jatuh sekiranya suami tidak berniat talak semasa melafazkannya. Jika dia berniat talak, maka jatuhlah talak.

4. Lafaz 9 tidak jatuh talak kerana ia adalah keazaman untuk bercerai

5. Lafaz 10 tidak jatuh talak kerana tidak menyatakan siapakah yang diceraikan

(Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar)

Copas dari page "Himpunan Kata² UAI"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan