Memaparkan catatan dengan label Herbal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Herbal. Papar semua catatan

Selasa, 18 Oktober 2022

Kelebihan Terung Pipit.


Terung pipit merupakan sejenis ulam berwarna hijau, kecil serta ia sangat mudah didapati dan tumbuh merata.

Terung pipit atau nama saintifiknya Solanum Torvum yang merupakan sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di hutan tropika.

Selain rasanya yang sedap, terdapat banyak khasiat yang menakjubkan untuk kesihatan;

1. Terbaik untuk mengurangkan berat badan 
Terung pipit kaya dengan serat dan salah satu kebaikan serat adalah terbaik untuk menghilangkan berat badan berlebihan.
Tambahan lagi terung pipit sangat rendah tahap kalorinya.

2. Bagus untuk jantung
Kajian menunjukkan yang terung pipit kaya dengan mineral yang penting dan salah satunya adalah potassium.
Potassium mengawal jumlah sodium di dalam darah yang sememangnya bagus untuk jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

3. Mengubati anemia
Selain potassium, zat besi dan zink adalah dua jenis mineral yang ditemui dalam terung pipit.
Individu yang mengalami anemia mempunyai kekurangan zat besi dan zink.

4. Mengurangkan risiko diabetes
Terung pipit sangat bagus dalam mengawal tahap gula dalam darah.

5. Terbaik untuk otak
Mungkin tidak disukai oleh kanak-kanak kerana tekstur dan baunya yang sedikit berbau namun terung pipit dikatakan salah satu makanan super untuk otak.

6. Bagus untuk kulit
Terung pipit mempunyai vitamin C dan E yang sememangnya merupakan antioksidan yang penting dalam meningkatkan pengeluaran kolagen supaya kulit kekal sihat dan muda.

7. Mengandungi egen antibakteria
Ini sebablah terung pipit digunakan dalam rawatan tradisional untuk merawat cirit birit dan pelbagai lagi jangkitan di perut.

8. Rawatan semula jadi untuk gout
Terung pipit mempunyai bahan anti keradangan yang dapat mencuci asid urik keluar dari tubuh badan.
Jadi ia mampu untuk mengurangkan kesan gout.

9. Mempertingkatkan aliran darah
Kerana kaya dengan mineral penting, terung pipit sangat berkhasiat dalam mempertingkatkan aliran darah.
Aliran darah yang bagus dapat membekalkan oksigen ke seluruh tubub dengan lebih baik.
Baca juga Hati-hati beli ubat jerawat online, ini jenis dan kesan sampingan

10. Rawatan tradisional untuk batuk
Terung pipit dimasak sup untuk melegakan batuk dan selesema.

11. Mengelakkan masalah buah pinggang
Kajian menunjukkan dengan memakan terung pipit dapat mengurangkan risiko masalah buah pinggang. Namun kajian tambahan perlu dilakukan untuk menyokong kenyataan ini.

12. Mempertingkatkan kitaran menstruasi
Memakan terung pipit dikatakan dan terbukti dapat mempertingkatkan kitaran menstruasi bagi kaum wanita.

13. Bagus untuk kehamilan
Terung pipit bagus diambil oleh ibu hamil kerana kaya dengan kandungan folate. Folate sangat penting dalam perkembangan fetus.
Jadi, bagi siapa yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mulakan pengambilan terung pipit ini dalam menu diet korang.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Google

Isnin, 3 Januari 2022

Khasiat Daun Durian Belanda


Jom Amalkan Air Rebusan Daun Durian Belanda 
.
Berikut Beberapa Khasiat Daun Durian Belanda:
.
1) Mencegah Dan Mengubati Kanser :
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.
.
2) Sakit Pinggang:
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.
.
3) Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh :
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari sekali.
.
4) Mengatasi Diabetis :
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.
.
5) Menurunkan Tekanan Darah Tinggi :
Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.
.
6) Mengatasi Buasir :
Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.
.
7) Mengubati Sakit Urat/Saraf :
Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas.Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.
.
Kredit : Salimah Olie