Rabu, 8 Mac 2017

Hukum Mencium Al-Qur'an


Sebahagian ulama berkata dengan elok/sunat dan sebahagian ulama mengatakan dengan harus.

Tersebut dalam kitab Al-Itqan Fi ‘Ulumi Quran :

 يستحب تقبيل المصحف لأن عكرمة بن أبي جهل رضي الله عنه كان يفعله وبالقياس على تقبيل الحجر الاسود ذكره بعضهم ولأنه هديه من الله تعالى فشرع تقبيله كما يستحب تقبيل الولد الصغير

Artinya “Dibilang elok mencium mushaf kerana sahabat yang bernama ‘Ikrimah bin Abi Jahal ra telah melakukannya dan dengan sebab diqiyaskan pada mencium hajar aswad dan kerana mushaf adalah hidayah dari Allah maka disyariatkan menciumnya seperti dielokkan perbuatan mencium anak yang kecil.”

dan tersebut pada kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah :

 ذَكَرَ الْحَنَفِيَّةُ : وَهُوَ الْمَشْهُورُ عِنْدَ الْحَنَابِلَةِ – جَوَازُ تَقْبِيل الْمُصْحَفِ تَكْرِيمًا لَهُ ، وَهُوَ الْمَذْهَبُ عِنْدَ الْحَنَابِلَةِ ، وَرُوِيَ عَنْ أَحْمَدَ اسْتِحْبَابُهُ ، لِمَا رُوِيَ عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ : كَانَ يَأْخُذُ الْمُصْحَفَ كُل غَدَاةٍ وَيُقَبِّلُهُ ، وَيَقُول : عَهْدُ رَبِّي وَمَنْشُورُ رَبِّي عَزَّ وَجَل ، وَكَانَ عُثْمَانُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يُقَبِّل الْمُصْحَفَ وَيَمْسَحُهُ عَلَى وَجْهِهِ .

Artinya : “Telah menyebut ulamak2 mazhab Hanafi dan yang masyhur di sisi mazhab Hanbali harus mencium mushaf kerana memuliakannya, ialah pendapat mazhab dikalangan ulama mazhab Hanbali. 
Dan diriwayatkan dari Imam Ahmad akan sunatnya kerana riwayat dari Umar ra “Adalah Umar setiap pagi mengambil mushaf dan menciumnya dan berkata : Perjanjian Tuhanku dan surat dari Tuhanku ‘Azza wa Jalla”
“Dan adalah Utsman ra mencium mushaf dan menyapu pada mukanya”.

 Dan tersebut dalam kitab Tuhfatul Habib :

 واستدل السبكي على جواز تقبيل المصحف بالقياس على تقبيل الحجر الأسود ويد العالم والصالح والوالد ، إذ من المعلوم أنه أفضل منهم

Artinya : “Imam As-Subky telah berdalil atas harusnya mencium mushaf dengan diqiaskan atas mencium hajar aswad, tangan orang alim, tangan orang solih, tangan orang tua dari kerana sudah maklum bahwa mushaf lebih afdhal dari semua itu..”.

Wallahua’lam

Credit by : Ustaz Azhar Idrus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan