SUCI DALAM DEBU
(Lirik Yang Penuh Makna-Siapa Saya)
Engkau bagai air yang jernih
🔹Itulah diri kita yang sebenar iaitu ruh
Di dalam bekas yang berdebu
🔹Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.
Zahirnya kotoran itu terlihat
🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain
kesucian terlindung jua
🔹Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.
Cinta bukan hanya di mata
🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat
Cinta hadir di dalam jiwa
🔹Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah
Biarlah salah di mata mereka
🔹Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat
Biar perbezaan terlihat, antara kita
🔹Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia
Kuharap engkau kan terima
🔹Bermunajat agar di terima Ilahi
Walau di pandang hina
🔹Sebagai hamba yang hina
Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa
🔹Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata
Suatu hari nanti, pastikan bercahaya
🔹Di alam akhirat
Pintu akan terbuka, kita langkah bersama
🔹Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya
Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat
🔹Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar
Debu jadi permata, hina jadi mulia
🔹Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat
Bukan khayalan, yang aku berikan
🔹Kitab Al Quran
Tapi keyakinan yang nyata
🔹Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.
Dinyanyikan oleh Saleem Iklim pada tahun 1990.. Setelah 25 tahun baru terurai isinya..
Apabila Ruh dan Jasad saling kenal mengenal barulah manusia itu berjiwa Insan untuk mengenal akan ruh haruslah menjalani jalan penyucian qalbu iaitu dengan syariat tarikat hakikat , manusia itu sendiri adalah hina dan tidak mampu untuk mengenal ruh tanpa izin ALLAH.
Firman Allah “Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang ruh. Katakanlah, “Ruh”itu termasuk urusan Tuhan-ku, sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit.”(Surah al Isra’ ’85).
Semua ini matlamat hanya menuju makrifat ia itu "KENAL AKAN TUHAN MU YANG KAMU SEMBAH" Dia ghaib dimata zahir tetapi NYATA dimata hati (jiwa).. RUH ADALAH RAHSIA KETUHANAN.
Ulamak mengatakan bahawa jika perkataan hikmah tertulis ditembok dan di dinding maka ambillah pelajaran dan pengajaran darinya kerana hadis Rasulullah SAW menyebut bahawa " Hikmah itu ialah seumpama barangan yang tercicir bagi orang mukmin. Di mana jua ia dijumpai, maka kutiplah kerana dialah yang berhak memilikinya".
(Riwayat Tirmizi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan