*Happy Milad Untuk pemimpin kita(tanyoe)*
*BIODATA PEMIMPIN KITA ﷺ *
🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalibs bin Hashim_.
🖌 *Tarikh lahir :* _*Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi* (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa bala tentara gajah Abrahah yang menyerang kota Ka'bah)
🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 *Nama bapak* : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.
🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah ﷺ ).
🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).
*USIA 5 TAHUN*
💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah ﷺ yang dilakukan oleh dua malaikat_ untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
*USIA 6 TAHUN*
💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda diasuh oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah ﷺ )
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.
*USIA 8 TAHUN*
💓 _Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia_.
Baginda diasuh oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.
*USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
💓Bersama bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
*USIA 20 TAHUN*
💓Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad ﷺ ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperan dlm mengumpulkan anak-anak panah saja.
💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.
*USIA 25 TAHUN*
💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
💓Baginda Rasulullah ﷺ bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
💓Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
*USIA 35 TAHUN*
💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.
💓Pembinaan semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
💓Rasulullah ﷺ diberi kemuliaan untuk meletakkan *'Hajarul-Aswad'* ke
tempat asal dan sekaligus meredakan perselisihan saat peletakan batu tersebut.
*USIA 40 TAHUN*
💓Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
*USIA 53 TAHUN*
💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.
*USIA 63 TAHUN*
💓Wafatnya Rasulullah ﷺ di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.
*ISTERI-ISTERI RASULULLAH ﷺ *
💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚 Saudah Binti Zam'ah.
💚 Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
💚 Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).
💚 Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚 Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚 Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).
*ANAK-ANAK RASULULLAH ﷺ *
1.💜 Qasim
2.💜 Abdullah
3.💜 Ibrahim
4.💜 Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜 Ummi Kalthum
7.💜 Fatimah Al-Zahra'
*ANAK TIRI RASULULLAH ﷺ *
💙 Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak kepada Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika menikah dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
*SAUDARA SEPER SUSUAN RASULULLAH ﷺ *
*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah → Hamzah
2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad
*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
*BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH ﷺ *
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHALIB_)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan