Memaparkan catatan dengan label Tauhid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tauhid. Papar semua catatan

Isnin, 1 Januari 2018

Lirik Nashid Ghuraba


غرباء

غرباء و لغير الله لا نحني الجباه
غرباء و ارتضيناها شعارا في الحياة
ان تسال عنا فإنا لا نبالي بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الاباة


Ghurabaa`, dan kepada selain Allah mereka takkan menunduk 
Ghurabaa`, dan mereka telah rela ghuraba sebagai syi’ar dalam kehidupan 

Jika engkau bertanya tentang kami, maka kami tak peduli terhadap para thaghut
Kami adalah tentara Allah selamanya, jalan kami adalah jalan yang sudah tersedia


غرباء غرباء غرباء غرباء
لا نبالي بالقيود بل سنمضي للخلود
فلنجاهد و نناضل و نقاتل من جديد
غرباء هكذا الاحرار في دنيا العبيد


Ghuraba' Ghuraba' Ghuraba' Ghuraba'

Kami tak peduli terhadap rantai para thaghut, sebaliknya kami akan terus berjuang 

Maka marilah kita berjihad, dan berperang, dan berjuang dari sekarang
Ghurabaa dengan itulah mereka merdeka dari dunia yang hina


غرباء غرباء غرباء غرباء
كم تذاكرنا زمانا يوم كنا سعداء
بكتاب الله نتلوه صباحا و مساء


Ghurba' Ghuraba' Ghuraba' Ghuraba'

Betapa sering saat kita mengenang hari-hari bahagia kita 

Dengan Kitabullah kita membaca, di pagi hari dan di sore hari


غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء و لغير الله لا نحني الجباه
غرباء و ارتضيناها شعارا للحياة


Ghuraba' Ghuraba' Ghuraba' Ghuraba'

Ghurabaa, dan kepada selain Allah mereka takkan menunduk 

Ghuraba', dan mereka telah rela sebagai syi’ar dalam kehidupan


Nonton video disini

Sabtu, 11 Mac 2017

※Seloka Ketuhanan※

Catitan Ketauhidan.

Allah zat yang Maha Mulia,
Bersifat kesempurnaan itulah Dia,
Bersifat kekurangan semestinya tiada,
Wajib diyakini setiap manusia.

Wujud Allah wujud zati,
Wujud makhluk wujud aridi,
Wujud makhluk bertemu mati,
Wujud Allah kekal abadi.

Allah taala bersifat sedia,
Tiada permulaan itulah Dia,
Sedia hakiki zat dan sifatNya,
Tidak dicipta oleh sesiapa.

Kekal selamanya zat Yang Esa,
Tiada binasa kekalNya zati,
Kita makhluk wajib binasa,
Kalaupun kekal hanyalah aridi.

Berbeza Allah dengan yang baharu,
Berbeza zat, sifat dan af'alNya,
Tidak bertempat tidak berwaktu,
Tidak berjirim itulah Dia.

Tiada berhajat Yang Maha Kaya,
Tidak menumpang mahupun dicipta,
Semua makhluk berhajat padaNya,
Itulah Dia Maha Pencipta.

Tuhan kita hanyalah satu,
Tidak berbilang zat, sifat dan af'alNya,
Maha Esa tidak bersekutu,
Berbilang itu hanyalah makhlukNya.

Allah taala Maha Kuasa,
kuasa dengan sifat qudratNya,
Kita makhluk tidak berkuasa,
Sekalian mumkinat dita'luq qudratNya.

Allah Kita Maha kehendaki,
Kehendak dengan sifat iradatNya,
Segala sesuatu ditentukan Illahi,
Tidak berlaku tanpa ketentuanNya.

Allah taala Maha Mengetahui,
Tahu dengan sifat ilmuNya,
Sekalian perkara Dia ketahui,
Wajib mustahil harus semuanya.

Maha Hidup Tuhan kita,
Hidup dengan sifat hayat,
Mustahil mati Tuhan kita,
Adapun kita jadi mayat.

Tuhan kita Maha Melihat,
Mustahil Dia bersifat buta,
Melihat Dia segala maujudat,
Tiada sembunyi semuanya nyata.

Tuhan kita Maha Mendengar,
Mustahil pula bersifat tuli,
Segala maujud Dia dengar,
Bukan sekadar mendengar bunyi.

Allah Maha berkata-kata,
Berkata apa yang hendak dikata,
Lalu dijadikan huruf dan suara,
Agar difahami Nabi Musa.

Sekian sahaja seloka saya,
Untuk pengetahuan kita semua,
Bagi yang jahil sangatlah bahaya,
Mari mengaji muda dan tua.

Nukilan  :