Khamis, 11 Disember 2025

Jakarta menolak bantuan Asing untuk aceh


"Jakarta Kata Tak Perlu Bantuan Luar, Tapi Gabenor Aceh 'Langgar' Arahan Demi Rakyat! Bantuan Malaysia Paling Awal Sampai."

Oleh: Mazlan Syafie

Dalam situasi bencana, nyawa sepatutnya jadi mata wang paling mahal.

Tapi nampaknya di Indonesia sekarang, ada "mata wang" lain yang sedang diperjuangkan di peringkat atasan. Iaitu maruah dan ego nasional.

Isu banjir dan tanah runtuh di Aceh kali ini bukan sekadar bencana alam biasa.

Ia telah bertukar menjadi satu drama politik yang agak panas antara Kerajaan Pusat di Jakarta dengan Pemerintah Wilayah di Aceh.

Di satu pihak, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengeluarkan naratif bahawa Indonesia mampu uruskan bencana ini secara "Mandiri" atau bersendirian.
Jakarta menegaskan bahawa mereka tidak mahu dilihat lemah atau terlalu bergantung harap pada bantuan asing macam zaman Tsunami 2004 dulu.

Bagi mereka, ini soal maruah negara. Mereka nak buktikan pada dunia bahawa agensi mereka macam TNI dan BNPB dah cukup kuat.

Tapi realiti di lapangan, cerita dia lain sungguh. Rakyat di Aceh sedang "makan hati" dan menanggung lapar.

Jalan banyak putus, bekalan ubat tak sampai dan bantuan dari pusat didakwa sangat perlahan untuk tiba ke kawasan pedalaman.
Di sinilah muncul watak "Hero Rakyat" yang berani mati.

Gabenor Aceh, Muzakir Manaf atau lebih dikenali sebagai Mualem, tampil buat kenyataan yang boleh dikatakan "menampar" muka birokrasi Jakarta.

Beliau secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak akan sesekali menghalang bantuan antarabangsa yang nak masuk.

Malah dengan nada sinis beliau berkata:
"Mereka tolong kita, kok kita persulit?" (Diorang nak tolong kita, kenapa kita nak susahkan pula?). Kenyataan ini ringkas tapi sangatlah makan dalam.

Bagi Mualem, tak ada guna sembang pasal maruah negara kalau rakyat sendiri mati kebuluran depan mata.

Dan "kawan" pertama yang sampai hulurkan tangan tanpa banyak soal ialah kita, Malaysia.

Gabenor Aceh sendiri mengesahkan bahawa bantuan dari Malaysia, terutamanya pasukan perubatan dan ubat-ubatan, sudah pun mendarat di sana. Tindakan Malaysia ini sangat tepat pada masanya.

Kita tak tunggu lampu hijau birokrasi yang rumit dari Jakarta. Kita hantar sebab kita tahu adik-beradik kita di Serambi Mekah tengah susah.

Tindakan Gabenor Aceh menerima bantuan Malaysia ini mendapat pujian melambung daripada netizen Indonesia sendiri.

Rata-rata netizen di media sosial mengecam sikap "denial" kerajaan pusat yang menganggap keadaan terkawal walhal realitinya parah.

Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan membandingkan layanan Jakarta terhadap Pulau Jawa vs Pulau Sumatera (Aceh).

Ada naratif sedih yang berlegar mengatakan:
"Cuba kalau bencana ni jadi kat Jawa atau Jakarta, gerenti bantuan melimpah ruah sampai tak muat gudang. Tapi bila jadi kat Aceh, sibuk nak jaga protokol."

Aceh seolah-olah sekali lagi merasakan diri mereka "dianaktirikan" walaupun mereka adalah penyumbang besar kepada sejarah kemerdekaan Indonesia.

Situasi ini mengajar kita satu perkara tentang kepimpinan. Ada masa kita kena tegas jaga kedaulatan negara. Tapi ada masa, kita kena rendahkan ego dan terima huluran tangan kawan demi menyelamatkan nyawa rakyat.

Malaysia hadir bukan sebab nak tunjuk hero atau nak perlekeh kemampuan Indonesia. Kita hadir sebab kita tahu erti "cubit paha kanan, paha kiri terasa".

Hubungan Aceh dan Semenanjung Tanah Melayu ni bukan setahun dua tapi dah beratus tahun darah dagingnya bersatu.

Tindakan Mualem "melanggar arus" arahan pusat demi rakyatnya adalah satu keberanian yang wajar dipuji.

Biarlah orang atasan bergaduh pasal protokol, yang penting perut rakyat terisi dan nyawa dapat diselamatkan.

Terima kasih rakyat Malaysia yang pantas bertindak. Dan tabik hormat buat Gabenor Aceh yang berjiwa besar.

Sesungguhnya persaudaraan Islam itu merentas sempadan politik dan birokrasi. Semoga Aceh dan semua kawasan yang dilanda bajir segera pulih seperti sediakala. Amin.

___

Situasi di Aceh membuktikan betapa pentingnya kita faham permainan geopolitik dunia yang dikupas tuntas dalam siri Dunia Tanpa Tembok demi melihat realiti sebenar di sebalik tabir berita. Hadamkan ilmu mahal ini untuk tajamkan minda anda menilai percaturan kuasa antarabangsa dan dapatkan koleksi penuh melalui pautan di bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan