Selasa, 16 Disember 2025

Makam Tajuddin Gilani Dari Kesultanan Gujarat(India)

Nisan Sitti Khadijah bint Ali bin Jamal Gilani (w.  1437) di Pasai. 
Keluarga Gilani adalah keluarga alim dan birokrat yang berpengaruh di Kesultanan Gujarat. Beberapa tokoh Gilani Gujarat menjadi wakil-wakil sultan seperti Tajuddin Gilani (w. 1481), dan pada awal 1500 seperti Malik Muhammad Gilani dan Khwaja Khalil Gilani sering dikirim untuk misi-misi penting ke Makkah dan Madinah. 

Makam Tajuddin Gilani mempunyai persamaan dengan makam-makam marmar di Pasai(Aceh Utara) dan makam Malik Ibrahim di Jawa Timur. Malik Muhammad mungkin orang yang sama atau bukan dengan seorang lagi wakil bernama Khwaja Muhammad bin Sheikh Ali Gilani, apakah ia juga saudara kepada Sitti Khadijah bint Ali Gilani di Pasai(aceh utara) ?. 

Sultan Gujarat terkenal dengan usaha kebajikan menyumbang puluhan ribu dinar pada satu-satu kunjungan ke Makkah dan Madinah. Sedangkan Sultan Muzaffar bin Sultan Mahmud Gujarat telah menyumbang kepada pembukaan dan penyelenggaraan Madrasah Muzaffariyyah di Makkah

Lambourn (2003, 2004)
Alam & Subrahmaniyam (2014)





Postingan Facebook Nabil Nadri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan