Jumaat, 11 Jun 2021

Hubungan Aceh - Malaysia

Makam Sultan Kedah ke-16 berusia 330 tahun ditemui di Bukit Pinang

Barisan batu nisan dengan ukiran dari Acheh, Indonesia yang ditemui di Kampung Bukit Pinang pada 23 Mac lalu. Batu nisan ini dipercayai terletak di kawasan makam yang dipercayai milik Sultan Kedah ke-16, Sultan Ataullah Muhammad Syah II sejak berusia kira-kira 330 tahun. Terdapat sembilan buah kubur bersama batu nisan itu ditemui di tepi sungai kampung berkenaan yang kelihatan tersusun rapi dalam satu barisan oleh ahli Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Zamri Abd Wahab. 

Selepas penemuan makam Sultan Kedah ke-14, Sultan Muhyiddin Mansur Shah bulan lepas, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) menemui pula satu lagi makam berusia 330 tahun, dipercayai makam Sultan Kedah ke-16, Sultan Ataullah Muhammad Syah II di Bukit Pinang, dekat sini.

Sembilan makam lain bersama makam itu ditemui ahli PSMCK, Zamri Abd Wahab, pada 23 Mac lepas dan ia terletak betul-betul di tepi sungai di Kampung Bukit Pinang dekat sini.

Credit by Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan